Hello!
Rasanya macam blog ni akan berupdate sebulan sekali je. January dah ada 1 post, and this is the first post for February. Hopefully bukan yang terakhir lah untuk February. Okay, I'll try to write more often.
Jadi, harini nak kongsi sikit tentang visit ke Zoo Johor, Johor Bahru tahun haritu (baca: tahun lepas). Actually, this visit organized by Kelab Sahabat 1 Malaysia UTHM. So, sebagai pelajar yang mahu bergiat lebih aktif di universiti, aku pun berbesar hati lah bagi nama kat organizer tu right after dia buat iklan kat Facebook. Nak ajak kawan-kawan, semua tak sporting. Semua tak nak ikut. Tak mengapa lah, aku pergi seorang je la. Who knows boleh buat kawan baru ke kat sana kan?
Okay propa je semua tu. Sebenarnya aku join ni pun sebab 1) aku suka nak jalan-jalan ni. Walaupun pergi Zoo. Still aku rasa excited sebab dapat lari dari kesibukan kat universiti. 2) aku nak skip kelas kokurikulum. Sebab kelas tu bosan sangat so yeah I decided to join this programme and berjaya escape koku. Makanya, kelas koku minggu sebelumnya merupakan kelas koku terakhir aku untuk semester tu. Mission completed :D
Hari yang dinantikan pun tiba. So, I woke up quite late jugak. Lebih kurang pukul 6.50 pagi.Tidur sejam je sebab malam before tu sibuk siapkan assignment. Okay lah jugak, sebab dapat topup balik tidur tu dalam bas otw nak pergi ke Zoo Johor. We're required to gather kat depan HEPA punya office. Masa sampai sana, terkejut jugak sebab participant lelaki berapa orang je. Memang boleh kira guna sebelah tangan je. Then, I saw few person yang macam familiar. Hashim, Shebby and Insyirah. Luckily, ada jugak lah orang yang aku kenal. Hehe, semua sama fakulti. Syukur ada geng. Lepas selesai daftar, dapat tag, dapat food untuk breakfast, naik bas and then tidur. Jauh jugak sebenarnyaJB dengan Batu Pahat ni (-.-)
Sampai sana, sejam plus plus kemudian. Lama kan?
Then, ambil gambar sikit depan Zoo, pastu beratur macam budak sekolah tadika masuk ke zoo tu. Dah masuk dalam tu, kena pulak beratur sebab nak bai group dengan dengar taklimat. Oh aku lupa nak bagi tahu, sebenarnya aku datang zoo tu untuk program Clean The Zoo. So, taklimat tu basically sebab nak welcome us and then cerita pasal zoo tu sikit, then bagi-bagi tugas nak clean the zoo.
Aku group dengan perempuan. Dan aku seorang je lelaki. Memang setiap group seorang lelaki since lelaki berapa kerat je kan. Kita orang kena tolong pekerja zoo tu bagi binatang makan and bersihkan kandang kambing tu je sikit.Mostly kerja kita orang bagi makan je lah. Senang kan? Hehe :) Seronok kerja macam tu.
Ni namanya badak air. Bagi makan kat badak. Gila lah badak ni makan banyak nak mampus. Kau bayangkan kau beli sayur-sayur untuk buat kenduri tu banyak mana kan? Haa, banyak tu lah dia makan. Berbakul-bakul. Takut aku tengok dia mengunyah. Dengan gigi yang ughh I cannnot -.-'
Seladang kan ni? Sama je. Bagi makan pastu ambil gambar sikit.
Bagi makan kacang panjang je. Semua macam kebulur plus diorang banyak luka-luka kat badan. Macam sakit je. Kesian.
Orang kata unta comel, tapi kenapa unta kat sini tak comel pun. Nampak tua. Nampak kurus. Nampak tak tulang tu? Pastu air liur menjejes :/
Tapir tu macam isolated sikit. quite tersorok plus tak aktif. Terbaring je. Korang boleh bagi makan kat burung jugak. Nak masuk kena bayar berapa entah. Itu pun sebab Shebby ajak masuk. Dia belanja. Ada budak jual makanan burung tu. So kalau korang masuk tempat burung tu nanti, boleh beli and bagi burung-burung tu makan. Tapi time aku bagi makan tu burung tu macam dah bosan makan. Nak tak nak je. Geram pulak aku. And diorang tak takut manusia. Dah lali barang kali. Rileks je bila orang datang dekat. Macam pasrah pun ada jugak. Lulz. Arnab pulak ada tempat dia. Kena bayar berapa ringgit ntah. Tak ingat. Tapi rasa macam rugi pun ada sebab arnab-arnab kat sini sangat menyedihkan. Buruk. Macam sakit je. Tak comel. So, kalau korang tak masuk pun takpe kot. Korang pergi kedai haiwan, pastu tengok arnab kat situ, lagi comel rasanya.
Aku tengok sunbear tu, terus dalam otak aku nyanyi lagu mentega kacang sunbear. Hahaha macam kelakar je kan.
Memerang ni comel gila. Serius. Kecil je. Haritu dapat la bagi memerang ni makan ikan. Boleh tahan tamak jugak la spesies ni.
Helang ni dekat je dengan memerang and flamingo punya tempat.
Lepas habis semua aktiviti memusing-musing berjalan keliling zoo tu, Hasyim ajak naik bot kayuh guna kaki sendiri tu. 45 minit and again, tak sure berapa harga dia sebab Hasyim yang belanja since dia yang ajak and excited sangat nak naik benda ni.
Lepas habis bot kaki, have lunch and around 1.30 petang macam tu, dah nak gerak balik UTHM. Gather kat tempat first taklimat tadi, ada bagi ucapan sikit and then bagi cenderamata (you know all those cliche thing org buat time penutup program tu kan? Include ambil gambar. Tak perlu explain dah rasanya) . And then, bye bye Zoo Johor.
For me, the visit was okay lah kot. Binatang pun tak banyak sangat. Maybe sebab zoo tu kecil je kot. So macam tak happening sangat lah sebab tak puas nak tengok banyak binatang :( Not as what I expected. Plus, binatang banyak macam sakit je. Luka sana sini. Aku pun sakit mata nak tengok. Haihh, the should improve on this.
Sebelum balik tu, singgah Masjid Sultan Abu Bakar yang sebelah je sebenarnya dengan zoo tu. So lat Zohor kat situ. Can tik jugak masjid ni sebenarnya. Impressed. Hehe, pastu kat luar tu ada bagla or pakistan yang jual aiskrim. Again, Hasyim belanja. Nampak sangat macam aku ni kedekut nak keluarkan duit sendiri kan? Tapi orang dah offer takkan nak tolak kot?
Dah habis semua tu, bertolak balik ke UTHM. Btw, JB macam best je, macam cantik je. Nak pergi lagi lah one day.
Tu je kot. Bye!




















No comments:
Post a Comment